Bekas Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengiringi bekas Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kembali ke rumahnya di
Presint 8 di sini, dipercayai bagi mengambil dokumen.
Mereka dilihat
keluar dari kediaman itu kira-kira 15 minit kemudian bersama-sama Mohd Irwan
Siregar yang dibawa semula ke ibu pejabat SPRM.
Ketika keluar dari
rumah berkenaan, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang
kot dipercayai milik Mohd Irwan Siregar.
Sedikit kekecohan
berlaku apabila kehadiran wartawan dan jurugambar di luar kediaman untuk
merakam kehadiran SPRM itu dihalang oleh anggota keluarga Mohd Irwan Serigar
yang turut meminta agar visual dan gambar yang dirakam dipadamkan.
Sebelum itu pada
kira-kira 3.30 petang, Mohd Irwan Siregar dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi
melengkapkan proses akhir siasatan.
Menurut kenyataan
SPRM, Mohd Irwan Siregar dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
akan didakwa esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang
milik kerajaan Malaysia.-Bernama