Buah sawit
Kerajaan Pakatan
Harapan (PH) diminta untuk menyatakan langkah bagi mengatasi isu pengurangan
jumlah eskport dan kejatuhan harga minyak sawit negara yang sedang berlaku
ketika ini.
Datuk Seri Najib
Tun Razak (BN-Pekan) berkata, jumlah eskport minyak sawit negara bermula bulan
kelima tahun ini dilihat lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
“Saya
nampak satu yang agak pelik, pada empat bulan tahun ini eksport minyak sawit
lebih tinggi daripada empat bulan yang sama pada 2017. Tetapi masuk bulan lima
ke atas ianya lebih rendah pada bulan yang sama tahun sudah.
“Ini
serius sebab 650,000 pekebun kecil kalau kita masukkanjuga anak-anak dan isteri
mereka, jumlah yang terlibat adalah besar, eka mmerana sekarang ini.
Saya masuk tanah
rancangan Felda, suram, tak meriah, terkesan dengan harga minyak sawit yang
telah jatuh dengan begitu ketara,”katanya.
Beliau berkata
demikian ketika membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tambah Najib, kerajaan
PH perlu menyatakan langkah untuk mengatasi isu tersebut kerana eksport minyak
sawit Indonesia dilihat bertambah ketika eksport Malaysia pula
berkurangan.-UTUSAN ONLINE