KENYATAAN MEDIA
1.
Sekian lama sejak 1998 Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya memberi label jahat
kepada ramai pemimpin termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sebagai
peliwat dan tidak layak menjadi pemimpin. Rentetan itu, ramai pemimpin Islam
menerima akibat dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
manakala tokoh koporat dan usahawan menanggung banyak kerugian dan lingkup
perniagaan.
2.
Dr Mahathir kini nampaknya masih berusaha keras supaya Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi juga dianggap jahat oleh masyarakat apabila cuba memburukkan imej
pemimpin Islam itu kononnya Yayasan Akal Budi yang diasaskannya menerima dana
dari 1MDB. Salah satu aktiviti yayasan itu adalah mewujudkan sebuah sekolah
tahfiz berhampiran rumah keluarganya di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, dan
sumber dananya adalah dari wang Dr Zahid sendiri selain sumbangan
sahabat-sahabatnya.
3.
Dr Zahid yang sebelum ini dilihat bersih dan kuat berpegang dengan ajaran
agama, menyatukan alim ulama, menyuburkan aktiviti agama dan membela anak-anak
tahfiz, kini cuba dicalarkan imejnya.
4.
Jawatan Presiden UMNO sudah dianggap sebagai satu institusi dalam UMNO sejak
parti keramat itu ditubuhkan pada 1946. Pakatan Harapan mahu membunuh imej Dr
Zahid dengan tujuan memberikan gambaran buruk terhadap UMNO dan seterusnya
membunuh parti yang selama ini menjadi sandaran orang-orang Islam dan
memelihara kesejahteraan serta nasib rakyat pelbagai kaum dan agama. Itulah
juga yang dilakukan terhadap mantan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun
Razak sehingga menyebabkan BN gagal mempertahankan kerajaan dalam PRU14.
5.
Tindakan zalim Dr Mahathir ini tidak lain hasil dari kekecewaan beliau yang
sebelum ini gagal memujuk Dr Zahid supaya membubarkan UMNO yang menjadi ancaman
utama politik keluarga Dr Mahathir, kroni dan PPBM.
6.
Kita percaya tindakan Dr Mahathir tersebut adalah bertujuan melenyapkan UMNO
dan mendorong orang Melayu berpaut kepada PPBM dan menjadikan partinya itu
sebagai satu-satunya parti Melayu terkuat dalam negara ini.
7.
Saya menyeru ahli-ahli UMNO, orang Melayu, umat Islam dan seluruh rakyat
mempertahankan Dr Zahid yang kini dizalimi oleh kerajaan Malaysia Baru melalui
pendakwaan bermotif politik yang kejam dan tidak masuk akal.
DATO
MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim
Sumber google