Memaparkan catatan dengan label tun mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun mahathir. Papar semua catatan

25 Oktober 2018

ANNUAR MEMPELAWA DR. MAHATHIR MENYERTAI UMNO


Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa 

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pelawaan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO disifatkan sebagai ‘ajakan nakal’.

22 Oktober 2018

RMK11: REFORMASI KERAJAAN DILANDASAN TEPAT



ULASAN: Parti AMANAH Negara Wilayah Persekutuan (AMANAH WP) berharap kepimpinan negara yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus berani dalam mereformasikan negara bagi mencapai visi Malaysia sebagai negara maju dan inklusif.

Perubahan ini pastinya diharapkan dan diimpikan rakyat setelah negara gagal membawa sebarang perubahan besar sejak lebih 60 tahun lalu di bawah rejim Umno-BN. Lebih menakutkan Umno-BN telah merendahkan kedudukan negara dengan krisis kepimpinan, rasuah dan ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.

AMANAH WP merasa

21 Oktober 2018

PERKHIDMATAN TEKSI DIHAPUSKAN - TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN


KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan agar perkhidmatan teksi di negara ini dihapuskan berikutan sikap biadap segelintir pemandu teksi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tan Sri Zainuddin Maidin (@ZainudinMaidin) 

Dalam Twitternya, Zainuddin mendakwa sikap biadap pemandu teksi bukan sahaja terhadap Perdana Menteri tetapi juga bersikap kurang ajar terhadap pelanggan awam.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD MEMBERI MARKAH SEDERHANA 40 KE 50 PERATUS


KUALA LUMPUR 21 Okt. –  Prestasi Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja mengecewakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi turut mendukacitakan rakyat.


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad


Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi markah sederhana iaitu 40 ke 50 peratus terhadap prestasi menteri Kabinet Beliau Secara keseluruhannya.

18 Oktober 2018

CUBAAN PH MAHU BUNUH UMNO








KENYATAAN MEDIA

1. Sekian lama sejak 1998 Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya memberi label jahat kepada ramai pemimpin termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sebagai peliwat dan tidak layak menjadi pemimpin. Rentetan itu, ramai pemimpin Islam menerima akibat dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala tokoh koporat dan usahawan menanggung banyak kerugian dan lingkup perniagaan.

2. Dr Mahathir kini nampaknya masih berusaha keras supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap jahat oleh masyarakat apabila cuba memburukkan imej pemimpin Islam itu kononnya Yayasan Akal Budi yang diasaskannya menerima dana dari 1MDB. Salah satu aktiviti yayasan itu adalah mewujudkan sebuah sekolah tahfiz berhampiran rumah keluarganya di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, dan sumber dananya adalah dari wang Dr Zahid sendiri selain sumbangan sahabat-sahabatnya.

3. Dr Zahid yang sebelum ini dilihat bersih dan kuat berpegang dengan ajaran agama, menyatukan alim ulama, menyuburkan aktiviti agama dan membela anak-anak tahfiz, kini cuba dicalarkan imejnya.

4. Jawatan Presiden UMNO sudah dianggap sebagai satu institusi dalam UMNO sejak parti keramat itu ditubuhkan pada 1946. Pakatan Harapan mahu membunuh imej Dr Zahid dengan tujuan memberikan gambaran buruk terhadap UMNO dan seterusnya membunuh parti yang selama ini menjadi sandaran orang-orang Islam dan memelihara kesejahteraan serta nasib rakyat pelbagai kaum dan agama. Itulah juga yang dilakukan terhadap mantan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga menyebabkan BN gagal mempertahankan kerajaan dalam PRU14.

5. Tindakan zalim Dr Mahathir ini tidak lain hasil dari kekecewaan beliau yang sebelum ini gagal memujuk Dr Zahid supaya membubarkan UMNO yang menjadi ancaman utama politik keluarga Dr Mahathir, kroni dan PPBM.

6. Kita percaya tindakan Dr Mahathir tersebut adalah bertujuan melenyapkan UMNO dan mendorong orang Melayu berpaut kepada PPBM dan menjadikan partinya itu sebagai satu-satunya parti Melayu terkuat dalam negara ini.

7. Saya menyeru ahli-ahli UMNO, orang Melayu, umat Islam dan seluruh rakyat mempertahankan Dr Zahid yang kini dizalimi oleh kerajaan Malaysia Baru melalui pendakwaan bermotif politik yang kejam dan tidak masuk akal.

DATO MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim

Sumber google

8 Oktober 2018

CUKAI BARU AKAN DIPERKENALKAN - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Ia cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Inilah tujuannya...untuk bayar hutang kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Malaysia Dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di sini, hari ini.

Ketika berucap pada forum berkenaan, Dr Mahathir berkata, kerajaaan perlu melepaskan akses baharu bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan krisis hutang negara.

“Dalam situasi yang sebenar, duit digunakan untuk melabur dan mendapatkan dividen dan kita tahu duit itu dilaburkan di mana. Jika kita tahu duit itu di mana dilaburkan, sekarang kita tidak tahu di mana wang itu berada. Sebab itu kita kena cari sumber lain.

“Ada cadangan supaya kerajaan melepaskan aset seperti tanah dan menjualnya kepada pelabur tempatan. Hasil daripada pembangunan itu, ia akan disalurkan kembali kepada kerajaan,” katanya.

Beliau turut yakin Malaysia mampu bangkit kembali daripada krisis kewangan ketika ini yang hampir sama pernah dihadapi negara pada tahun 1997/1998.

“Krisis 1997/98 kita cari solusi sendiri dan sekarang situasi agak sama. Bila mata wang rendah, ekonomi juga perlahan. Masalah ketika ini ialah kita perlu cari duit untuk bayar hutang yang besar oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita yakin kita mampu atasi krisis ini kerana kita sudah tempuhi dan berjaya tangani masalah itu sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mahu forum yang diadakan pada hari ini mampu menyumbang idea kepada pembentukan dasar kerajaan dan Malaysia kembali menjadi Harimau Asia yang digeruni di rantau ini.

“Dalam lawatan saya ke Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sebelum ini, kita telah berjaya menarik minat pelabur di sana untuk datang ke Malaysia.

“Saya pasti masa itu akan tiba dan ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang hutang negara,” katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Saya kecewa terhadap pentadbiran pengurusan kewangan kerajaan terdahulu dan kerja yang perlu dilakukan untuk selesaikan masalah yang ditinggalkan,” katanya.