21 Oktober 2018

PERKHIDMATAN TEKSI DIHAPUSKAN - TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN


KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan agar perkhidmatan teksi di negara ini dihapuskan berikutan sikap biadap segelintir pemandu teksi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tan Sri Zainuddin Maidin (@ZainudinMaidin) 

Dalam Twitternya, Zainuddin mendakwa sikap biadap pemandu teksi bukan sahaja terhadap Perdana Menteri tetapi juga bersikap kurang ajar terhadap pelanggan awam.

Zainuddin dalam Twitternya juga mendakwa pemandu teksi tidak seharusnya diberi muka kerana mempunyai sifat penipu dan pemeras.

"Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir. Itu dengan Tun,  sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap awam.

"Lebih baik hapuskan sahaja teksi tinggal Grab sahaja.Mereka bukan jenis manusia yg patut diberi muka. Penipu dan pemeras," kata Zainuddin.

Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadap dlm pertemuan dg Tun Mahathir. Itu dg Tun ,sikap mereka dimana2 lebih kurang ajar terhadap public.Lebih baik hapuskan shj teksi ,tinggal grab shj.Mereka bukan jenis manusia yg patut diberi muka.Penipu dan pemeras.

— Zainudin Maidin (@ZainudinMaidin) October 21, 2018


Menurut Zainuddin, beliau sendiri banyak kali dikenakan bayaran berlebihan dan mahu kerajaan  bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa seperti pemandu teksi di London yang seratus peratus baik.

Zainuddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap segelintir pemandu teksi yang bersikap biadap kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan dan keluar dari dewan pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon semalam.

Tindakan segelintir pemandu teksi tersebut menyebabkan Dr. Mahathir meluahkan perasaan bahawa beliau akan meletakkan jawatan kalau ada yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri banyak kali kena bayaran berlebihan. Kerajaan mesti bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa, bukan ada yang baik dan ada yang jahat. Di London seratus peratus baik.

"Setakat ini lebih 40,000 orang kunjungi Tweet saya kutuk pemandu teksi biadap terhadap Dr. Mahahthir tapi persatuan teksi dedahkan itu perbuatan individu pemakan dedak dan bukan anggotanya. Ajar mereka." kata Zainuddin.

saya sendiri banyak kali kena overcharge. Kerajaan mesti bertindak tegas supaya semua pemandu teksi berbudi bahasa, bukan ada yg baik dan ada yg jahat. Di London 100% baik.
— Zainudin Maidin (@ZainudinMaidin) October 21, 2018


Pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi lebih 200 pemandu teksi meluahkan perasaan agar perkhidmatan Grab diharamkan kerana didakwa menyebabkan punca perkhidmatan mereka tergugat.

Dr. Mahathir mengulangi pendirian bahawa perkhidmatan e-hailing Grab tidak akan dihapuskan untuk mewujudkan persaingan antara pemandu teksi.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, pihaknya akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan nasib pemandu teksi di negara ini turut dibela. Online