16 Oktober 2018

REMAJA HAMIL JANGAN TAKUT MINTA BANTUAN, WAN AZIZAH




KUALA LUMPUR, 16 Okt — Timbalan perdana menteri menasihati remaja yang hamil supaya tidak takut meminta bantuan untuk proses kehamilan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ramai pihak dan agensi yang sanggup membantu mereka termasuk guru kaunseling.

“Ini bukan pengakhiran dunia.

“Kita semua ada buat silap tetapi apa yang penting anda perlu tampil ke hadapan kerana ada orang yang sanggup bantu anda,” katanya kepada pemberita selepas hadir  Persidangan Muzakarah Fiqh dan Fiqh Antarabangsa 2018 di sini.

Menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu mengulas tentang remaja dan bayi yang ditemui mati dalam bilik air di sebuah rumah di Parit Buntar kelmarin
Katanya pihaknya menunggu hasil siasatan polis sebelum dapat memberikan komen lanjut.