Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

23 Oktober 2018

ADUN BUKIT LANJAN - ELIZABETH WONG SERAH BUKTI TENTERA UNDI DALAM PEMILIHAN PARTI PKR


ADUN BUKIT LANJAN - ELIZABETH WONG (PKR

KUALA LUMPUR: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyerahkan 2 set dokumen bagi membantu siasatan Kementerian Pertahanan berhubung dakwaan penglibatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pemilihan PKR Cawangan Petaling Jaya Utara (PJU), Ahad lalu.

17 Oktober 2018

RAFIZI MEROSAKKAN IMEJ PARTI - PKR PERLIS


KANGAR: Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sering menimbulkan ‘kekecohan’ ketika pemilihan parti yang sedang berlangsung di seluruh negara boleh merosakkan imej parti di mata rakyat.

Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd Rahman, berkata tuduhan yang dilemparkan Rafizi bahawa wujudnya politik wang dalam pemilihan parti turut menggugat kerjasama yang terjalin antara PKR dan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Dia seharusnya bersikap profesional dalam menangani perkara ini (politik wang dalam pemilihan parti) dan tidak boleh bertindak melulu sekiranya benar apa yang didakwanya.

“Rafizi kena sedar kerana provokasi yang ditimbulkan olehnya boleh memburukkan hubungan antara PKR dan parti lain dalam PH kerana ia seolah-olah menggambarkan PKR adalah parti yang huru-hara dan tidak beradab,” katanya kepada NSTP hari ini.

Mohammad Faisol berkata, sepanjang tempoh pemilihan parti itu dijalankan, hanya Rafizi yang begitu bersemangat menggunakan media sebagai medium untuk menjatuhkan lawannya.

“Jika betul pun (ketirisan), sepatutnya dia mengadu perkara ini kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bukannya dicanangkan kepada umum melalui media.

“Malah sehingga semalam, JPP tidak menerima satu pun aduan mengenai dakwaannya itu. Jangan memburukkan keadaan dengan hanya sedap berkata sahaja,” katanya.

RAFIZI RAMLI




Beliau berkata, PKR bukanlah parti yang sanggup ‘membunuh’ ahli keluarganya sendiri hanya untuk kepentingan individu.

Terdahulu Rafizi mendakwa bahawa sebanyak enam negeri terbabit dalam politik wang ketika pemilihan parti itu sedang rancak berlangsung.

Bagaimanapun dakwaan Rafizi itu diselar oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mendesak agar bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengemukakan bukti kerana dakwaan itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak berasas.

Malah semalam, Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din, berkata PKR tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai politik wang dalam pemilihan parti itu termasuk daripada Rafizi sendiri.

Rashid berkata, JPP tidak melayan aduan berdasarkan cakap-cakap kerana sukar untuk menyiasat perkara itu.