Memaparkan catatan dengan label pemimpin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemimpin. Papar semua catatan

23 Oktober 2018

KEHADIRAN MP DI PARLIMEN RENDAH

Mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen - Bernama

Isu kehadiran anggota Parlimen (MP) ke mesyuarat Dewan Rakyat sekali lagi dibangkitkan malam tadi apabila seorang anggota Parlimen mengadu ramai MP dari kedua-dua belah gagal hadir ke sesi perbahasan meskipun isu yang dibincangkan berkepentingan nasional.

21 Oktober 2018

RAKYAT DAN NEGARA ADALAH AMANAH UNTUK PEMIMPIN – SULTAN PERAK


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah mengingatkan pemimpin negara bahawa negara ini dan rakyat adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, justeru harus dijaga dengan pemerintahan yang benar dan adil.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah – Sultan Perak


Titah baginda mereka perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan jujur dan berintegriti seiring dengan janji yang diberikan kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 apabila surat-surat rasmi kerajaan yang sebelum ini ditandatangani bawah klausa ‘Saya Yang Menurut Perintah’ ditukar kepada ‘Saya yang menjalankan Amanah’.